Tuesday, January 3, 2012

Rakyat Sebagai Hakim, Peguam dan Raja?



"Saya melihat tidak ada satu kesalahan langsung di dalam kempen tersebut, yang mana bagi saya ia adalah satu usaha yang dilakukan oleh rakyat bagi menuntut perbicaraan yang adil kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika Anwar telah diberikan keadilan yang sewajarnya di mahkamah maka kempen tersebut sudah tentu tidak akan berlaku, tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya dan atas tidak mendapat ketidakadilan itulah rakyat bangkit melakukan kempen,"

Kenyataan Mahfoz Omar di petik dari Harakah.net ini adalah satu kenyataan yang paling bodoh dalam usaha Pakatan Rakyat membela Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sedarkah Mahfoz bahawa kempen tersebut dengan sendirinya adalah subjudice atau telah mengeluarkan hukum sebelum mahkamah membuat keputusan?

Kempen Bebas Anwar 901 telah mendahului keputusan mahkamah dibuat berdasarkan andaian bahawa Anwar akan didapati bersalah. Siapakah mereka di sebalik kempen ini dan tak usahlah diharapkan Majlis Peguam kerana majlis ini sudah menjadi satu majlis yang paling strategik untuk memporakperandakan Islam dan umatnya.

Kempem bebas Anwar ini jelas menunjukkan betapa taksub tahap yang tertinggi terhadap pemimpin walaupun Pengerusi DAP sendiri sebagai peguam Karpal telah mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang memang terlibat dalam perlakuan liwat.

Inilah makhluk yang dibela oleh ulama-ulama PAS termasuk Mahfoz sendiri. Apakah rakyat kini dijulang Pakatan Rakyat sebagai Hakim, Peguam dan Raja?