Thursday, September 29, 2011

PEMBELOT NEGARA DARI PAKATAN SIAL



Belum reda kemarahan rakyat terhadap Badut Mat Sabu, Pakatan Rakyat buat pasal lagi. Kali ini Lim Guan Eng pula mengatakan Johor Baru sebuah bandaraya yang bahaya buat pelancong Singapura kerana ada kecendungan diculik dan beliau mengatakan Pulau Pinang lebih selamat dari Johor Baru.
Apakah haprak sangat taraf Ketua Menteri dari PR ini? Mungkin ramai akan bertanya badut-badut ni datang dari mana? Bapak Lim Guan Eng asal dari Batu Pahat Johor. Jadi Lim Guan Eng juga orang Johor. Kit Siang lari dari Johor kerana tak ada tempat dan pergi ke Melaka untuk bertanding kawasan DUN dan Parlimen. Anaknya juga buat benda yang sama. Cari kawasan Cina untuk menang kerusi DUN dan Parlimen di dua negeri sambil dapat pencen DUN di dua negeri. Bijak betul mereka menjamin hari tua mereka.
Dua-dua pemimpin parti puaka ini bekerja keras pikat hati rakyat dengan memfitnah dan menabur tohmahan untuk sokongan untuk dapat duit pencen, itu sahaja.
Apa pula akan jadi jika Pakatan Sial ini dapat menguasai Putrajaya. Apa akan jadi kepada negeri-negeri yang mereka tak kuasai. Tentulah dianaktiri dengan lebih teruk lagi.
Atas semangat satu negara cukup sekadar Guan Eng tidak menyebut nama kalaupun nak tarik pelaburan, tetapi mengecam dan menyebarkan berita yang tidak benar dan buruk adalah merupakan satu pembelotan yang besar kepad negara. Maka setiap rakyat Malaysia yang patriotik WAJIB mengecam Guan dan mengecamnya sebagai PEMBELOT yang besar.

Sunday, September 25, 2011

Hudud Satukan DAP, MCA


Tak pasal-pasal Presiden MCA, CSL, mengumumkan untuk menarik diri dari Barisan jika UMNO hendak menguatkuasakan Hukum Hudud, yang mana tiada kenyataan rasmipun dibuat oleh mana-mana pemimpin UMNO mengenai Hukum itu.
Presiden MCA itu membuat kenyataan tersebut bila Mursyidul Am PAS Nik Aziz bertegas untuk meneruskan pelaksanaan Hukum Hudud jika berkuasa. Kenyataan Tuan Guru itu menjadi polimik apabila Karpal Singh juga bertegas tidak mahukan hukum itu atas dasar negara ini adalah negara sekular.
Timbalan Perdana Menteri pula apabila CSL mengeluarkan kenyataan itu beliaupun mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sebagai parti yang didokongi oleh orang Islam menyokong Hukum itu tetapi menegaskan bahawa ia belum sesuai untuk dilaksanakan atas sebab negara yang berbilang kaum dan agama. Malah Anwar sekalipun, walaupun mukanya telah disaksikan jutaan manusia dalam video seksnya itu, juga mahukan hudud.
Polimik hudud kembali segar gara-gara PRU13 yang akan diumumkan sedikit masa lagi. Namun rakyat Malaysia khususnya para pemerhati politik sedar ianya hanyalah sekadar polimik yang tidak mampu dilakukan oleh PAS mahupun UMNO selagi mereka tidak bersatu.
Tetapi walaupun PAS dan UMNO bersatu, mahukah seluruh umat Melayu di negara ini mahukan atau menyokong pelaksanaan hudud jika kita tolak sama sekali pertimbangan politik?
Bersediakah umat Islam itu sendiri akan pelaksanaan Hudud. Menerimanya memang senang, sekadar di mulut, tetapi dihati? Allah sahaja yang tahu.
Sebab itulah setiap hukum yang diturunkan Allah diturunkan apabila sekelian umat Islam sudah mantap aqidahnya.
Apakah umat Islam kini sudah mantap keimanannya sehingga boleh menerima apa sahaja dari Allah? Jika tidak, bermakna seruan mengenai hudud ini akan jadi sekadar seruan dan bukan tindakan waemah dari mana ianya datang.
Tetapi apa yang pasti polimik Hukum Hudud ini jelas menyatukan kaum bukan Islam melalui MCA dan DAP yang masing-masing menentangnya tidak kira dari mana ia datang atau siapa yang mahukannya atau pihak mana yang hendak melaksanakannya.

Tuesday, September 20, 2011

SELAMAT TINGGAL UNIVERSITI KEDUA!!!


Mentor fahaman sosialis Malaysia, Pak Kassim Ahmad, menganggap ISA sebagai Universiti Kedua sehingga menjadikannya sebagai tajuk untuk bukunya yang ditulis; mungkin sebagai tesisnya selama berada di 'universiti' itu. Ya memang ramai di antara tokoh Negara yang terhebat pernah di'terima' masuk ke dalam institusi ini. Mereka terdiri dari jutawan, ahli politik, pemimpin NGO, tokoh agama, pendakwah ulama' dan lain-lain lagi.

Universiti ini tidak menarik minat untuk melanjutkan pelajaran tetapi ia adalah pusat 'tarbiah' yang membenarkan segala-galanya yang datang dari pihak pemerintah. 'Mahasiswa' universiti ini bukanlah budak-budak nakal tetapi punya pengaruh yang luar biasa yang berpotensi menggugat keselamatan awam.

Tidak ada alumni tertubuh, malah bekas-bekas graduan universiti tetap menjalankan hidup sehariannya selepas tamat 'pengajian'; ada yang dikatakan sedar malah ada dikatakan terus menjadi penentang kerajaan yang lebih tegar. Ada yang terpaksa mengulangi 'kuliah' kerana menjadi golongan kedua tadi dan mempunyai ketahanan mental yang lebih utuh. Tokoh-tokoh seperti Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang memang telah menjadi penuntut sejati universiti ini dan pengalaman keluar masuk sudah pasti menjadi sesuatu 'yang menyeronokkan'.

Rakyat Malaysia, terutama yang hidup semasa merdeka memang maklum terhadap ISA dan tujuan ianya wujud di tengah-tengah 'keindahan' masyarakat majmuk Malaysia ini. Ramai yang mengecam akta ini kerana ia adalah pengaruh dari segelintir ahli masyarakat yang sudah 'kena' dengan sengatan akta ini.

Namun ia tetap melibatkan kurang dari 1% penduduk Malaysia kini sejak ianya wujud dan dalam keadaan ianya berkuat kuasapun tidak menjejaskan kemaslahatan umum. Mungkin kerajaan sedar inilah faktanya tetapi mahu tak mahu terpaksa digugurkan mengenangkan desakan kumpulan yang secebis ini.

Mungkin kerajaan menimbang bahawa desakan dari kumpulan yang secebis ini akan membawa kesan kepada kuasa yang kini BN pegang lalu tanpa sedar atau tidak kini masyarakat yang banyak terdedah lagi dengan pelbagai tohmahan, hasutan dan dakwaan yang mungkin tidak berdasarkan kepada kebenaran malah fitnah yang tidak terkawal kini.

Saya menolak keras tindakan Najib menggugurkan ISA kerana rata-rata komuniti siasah masih belum matang dalam berpolitik seperti kematangan yang ditunjukkan oleh ahli politik barat. Kita tidak mampu mendedahkan lagi masyarakat dengan tragedi 13 Mei atau sewaktu dengannya kerana walaupun sudah merdeka 54 tahun, gejala chauvinism kaum masih menebal walau pelbagai program yang gagasan diperkenalkan oleh kerajaan; dari semangat muhibbah sehingga konsep 1Malaysia.

Kini ahli masyarakat yang anti establishment boleh tergelak sehingga ke telinga kerana tiada lagi sekatan untuk mereka menyentuh soal-soal sensitive yang melibatkan agama, raja, bahasa Melayu, keistimewaan orang Melayu. Sebelum dimansuhkan ISA pun perkara ini sudah disinggul oleh pelbagai pihak tanpa apa-apa tindakan dilakukan. Pergerakan haram seperti Hindraf, Siqiu dan lain-lain terus mengasak orang Melayu dan keistimewaannya yang tidak seberapa serta kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Dengan masih wujudnya ISA berlaku juga perhimpunan haram Bersih 1 & 2 yang telah mengakibatkan kerosakan yang bukan sedikit. Bayangkanlah apa yang bakal berlaku kepada masyarakat terutamanya perkara-perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan. ADUN sial DAP dari Kota Alam Shah, Manoharan pun sudah berani menyatakan untuk menukar bendera Malaysia sekiranya Berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Saya amat kesal mengapa Najib mengumumkan terlebih dahulu untuk memansuhkan ISA dan proklamasi Darurat yang mana ianya boleh sangat dikekalkan dengan pindaan yang sesuai dengan keadaan semasa. Kini bolehkah kita jamin bahawa Kerajaan boleh mewujudkan satu akta yang baru mengantikan ISA dengan mudah dan segera?

Kebenaran yang terbukti pun susah nak diterima masyarakat inikan pula meyakinkan parlimen untuk mewujudkan akta baru untuk mencegah dari sesuatu yang bakal berlaku dan mengekalkan keamanan? Anwar dan konco-konconya TIDAK MAHUKAN KEAMANAN kerana kekecohan dan huru-hara memberikan mereka peluang yang lebih baik untuk merampas kerajaan; SUDAH TENTU dengan bantuan luar seperti apa yang berlaku di Libya dan Mesir.

Saturday, September 17, 2011

Namewee Tak Sudi Berbahasa Melayu


Apakah ini semangat 1Malaysia yang dilaung-laungkan dalam Nasi Lemak 2.0? Dia tetap chauvinis Cina.

SIAL PAKATAN RAKYAT


Perdana Menteri telah membuat kejutan dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan 3 proklamasi darurat pada malam Hari Malaysia. Kedengaran tepukan dari hadirin di studio pada malam itu yang mana tepukan itu mungkin mewujudkan seribu makna.
Kata Datuk Seri Najib, tindakan ini adalah salah satu daripada usaha transformasi politik yang diambil bukan kerana desakan pembangkang dan dibuat demi menjaga kepentingan rakyat. Ianya juga akan memelihara amalan demokrasi yang telah diamalkan sejak merdeka.
Rata-rata pembangkang dalam menyambut baik pengumuman ini dengan sinis menyatakan bahawa inilah yang mereka perjuangkan selama ini yang mana ianya sepatutnya lama dilaksanakan.
Belum dua hari pengumuman itu dibuat timbullah Manoharan, ADUN Kota Alam Shah mengeluarkan kenyataan mahu menukar bendera Malaysia yang kononnya lebih kepada BN dan UMNO dan tidak melambangkan Malaysia. Dia juga mengemukakan alasan ianya sama seperti bendera Amerika dan mengaitkannya dengan pembunuhan jurukamera BERNAMA, Norfaizam di Somalia kerana para pengganas memikirkan ia adalah bendera Amerika.
Kenyataan ini mungkin dibuat atas semangat kononnya kerajaan pimpinan Najib akan terus menurut telunjuk Pakatan Rakyat.
Selepas ini akan keluarlah pelbagai kenyataan yang cukup menyakitkan lagi hati orang Melayu dan Islam kerana akta ini sudah tidak dikuatkuasakan lagi. Selepas ini akan lenyaplah Akta Hasutan yang melindungi Agama Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa orang Melayu, Raja-raja Melayu, Bahasa Kebangsaan.
Barang diingat Manoharan inilah yang telah mempermainkan doa masuk tandas dan mengecohkan keadaan dengan mempersoalkan novel Interlok yang berdekad-dekad digunakan dalam kurikulum sekolah Malaysia.
Tunggulah pelbagai SIAL lagi akan wujud akibat dari SIAL Pakatan Rakyat dan SIAL pemimpin-pemimpin PAKATAN RAKYAT yang serupa dengan MANOHARAN.

Monday, September 5, 2011

Neraka Kelapan PAS


Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa politik adalah seni untuk menyakinkan manusia. Pendapat ini paling popular kerana ia paling banyak diamalkan dalam politik sekarang.
Permainan pelbagai jenis propoganda oleh setiap pihak yang bertelagah untuk kekal berkuasa dan untuk berkuasa.
dalam banyak-banyak kaedah, kaedah yang paling kotor dalam sejarah politik dunia adalah menggunakan agama untuk berkuasa. Janji-janji syurga, ganjaran akhirat yang ditabur tanpa mengira batas agama yang cukup melarang kita dari menjual agama untuk kepentingan dunia.
PAS telah melakukan ini semua sehingga mereka sendiri terperangkap apabila terlalumengidamkan kuasa sampai ke tahap menggadai semua perjuangan asal untuk menegakkan hukum Islam di bumi bertuah ini.
PAS kini sedang menuju ke kancah politik dengan terbawa-bawa kaedah yang dibawa oleh rakan-rakan mereka, DAP dan PKR. Taktik Anwar dalam mempersoal dan memperlekehkan kuasa pihak berkuasa termasuk polis, hospital, kehakiman dan juga institusi raja-raja.
Terbaru Mat Sabu pula berjinak-jinak untuk mempersoalkan kesahihan catatan sejarah dengan menegaskan bahawa polis yang terbunuh di Bukit Kepong pada tahun 1950 itu adalah tali barut British dan komunis yang menyerang yang didalangi oleh Mat Indera itulah hero yang patut didendangkan selayak dengan Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain.
Beliau tidak peduli dengan apa yang akan berlaku jika sejarah itu ditulis semula dengan fakta yang kononnya sahih yang beliau miliki sehingga tidak ingat akan tajuk buku yang dibacanya, sampai hari ini.
Atas semangat setiakawan maka sibuklah rakan-rakan dalam PAS sendiri terpaksa menyelongkar mencari fakta untuk menyokong kenyataan busuk Mat Sabu itu. Mereka tidak boleh mengharapkan DAP dan PKR menyokong mereka sebab awal-awal lagi Karpal telah menempelak dengan menyatakan bahawa polis yang mempertahankan balai polis itulah wira yang sebenar.
PAS kini kelam kabut tetapi yang menghairankan ketika sejumlah besar rakyat Malaysia boleh menerima sejarah kemerdekaan seadanya, banyak penyokong PAS tetap hendak membetulkan Mat Sabu yang tidak berapa betul. PKR mungkin tidak akan dapat menyokongnya kerana beliau pernah menggelar Ketua Umum parti itu Al Juburi.
Tetapi itu semua tidak penting bagi PAS kerana mereka yakin mempunyai penyokong yang begitu taksub sehingga jika Hadi Awang menyatakan ada neraka yang kelapan yang ber'aircon', khas untuk penyokong kafir PAS dan ahli PAS yang tak dapat masuk syurga pun mereka akan percaya.