Monday, March 7, 2011

MERLIMAU: PENDEK KATA?

Apakah ini petanda pilihanraya akan diumum dalam masa terdekat ini? Merlimau dan Kerdau kini telah menjadi medan bukti tentang penerimaan rakyat terhadap Barisan Nasional. Majoriti yang lebih menyerlah telah menjadikan kedua-dua kawasan ini sebagai satu tamparan yang cukup hebat kepada PAS setelah kalah di Tenang.
Majoriti di Kerdau telah meningkat walaupun dibandingkan dengan majoriti diperolehi BN pada 2004. BN telah mendapat majoriti sebanyak 2565 pada tahun 2004 berbanding 2724 pada PRK 6 Mac lalu. Majoriti di Merlimau pula jatuh daripada 5087 pada tahun 2004 kepada 3643 pada PRK yang sama hujung minggu lalu.
Bukanlah satu petanda yang baik bagi Melaka jika mahu meneruskan momentum kemenangan yang cemerlang buat negerikubu kuat BN itu.
Kemanakah perginya 1444 majoriti yang hilang pada 2004 itu? Ketua Perhubungan UMNO Melaka pasti tidak berpuas hati dengan prestasi PRK Merlimau itu di dalam keghairahan para penyokong UMNO yang gembira dengan keputusan itu. Nampaknya Melaka masih banyak kerja yang perlu dibuat oleh BN.
Mungkin pada Mohd Ali Rustam selagi pencapaian tidak melebihi prestasi tahun 2004, banyak yang kekurangan yang perlu diperbaiki. Apakah PAS Melaka bertambah kuat atau pun UMNO Melaka kian lemah? Prestasi 2008 BN banyak tertumpu kepada faktor kelemahan pemerintahan Pak Lah, tetapi apakah keputusan DUN Merlimau ini masihb tidak mencerminkan keberkesanan transformasi kepimpinan yang rancak dilakukan oleh Najib.
Pengundi di Kerdau sudahpun memberikan kepercayaan kepada Najib dalam missinya itu tetapi apakah Ali Rustam kena akui bahawa negeri pimpinannya masih ragu-ragu dengan misi Najib itu? Atau apakah ini faktor kenegerian?
PENDEK KATA, bagi UMNO Melaka, kemenangan di Merlimau umpama menyambut limau yang masam.