Sunday, February 22, 2009

Isu Elizabeth Jadikan PAS Munafik Besar

Bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek, meletak jawatan setelah video lucahnya tersiar dan tersebar. Video tersebut yang diambil melalui sebuah kamera tersembunyi di bilik hotel telah menjadi bualan orang dan beliau secara gentleman telah meletakkan jawatan.
Pembangkang pula pada masa itu terus mengepak dan menjadikan video lucah ini sebagai modal politik yang bernilai tinggi.
Kononnya mereka tidak boleh terima pemimpin yang bermoral rendah. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga telah menerima nasib yang serupa apabila Anwar memberikan tempelakkan yang sama dan bekas Ketua Menteri Melaka itu setelah diserang secara peribadi dan ditekan dengan hebat pun meletak jawatan, tanpa gambar atau video yang disiar atau diedar. Semuanya berdasarkan dakwaan dan kertas-kertas siasatan polis.
Chua Soi Lek bangkit kembali dan menang jawatan Timbalan Presiden MCA walaupun kesnya itu masih segar dalam ingatan para perwakilan.
Tan Sri Rahim juga mahu meletakan nasibnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Kemungkinan besar beliau tidak akan berjaya mungkin kerana budaya dan agamanya berbeza dari Chua. Masyarakat Melayu Islam tidak akan menerima kembali mana-mana pemimpin yang telah dikaitkan dengan isu seks.
Baru-baru ini PKR telah menambah senarai skandal seks dalam catatan sejarahnya apabila Elizabeth Wong dikatakan terperangkap apabila diperkatakan oleh ramai orang pencerobohan peribadi.
Gambarnya dalam keadaan separuh bogel telah sah diambil oleh teman lelakinya dan dari laporan-laporan tidak rasmi beliau sedar gambarnya itu diambil.
Apa reaksi pemimpin pembangkang? Rentaknya sama Anwar dan konco-konconya telah menganggap bahawa ini adalah konspirasi BN dan UMNO! Walaupun agak pelik, ianya telah diterima baik walaupun oleh Tok Guru PAS.
Tak tahulah, mungkin IQ mereka yang menerima skandal ini sebagai konspirasi BN agak rendah atau pun memang pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong-penyokongnya sudah boleh menerima cara hidup boyfriend/girlfriend bersekedudukan. Ya, mungkin ini adalah soal peribadinya tetapi apabila ia didedah, hukum agama juga dibelakangkan. Hudud? Dah munafik ke Parti Islam ni?
Kes Soi Lek juga adalah peribadi tetapi sekurang-kurangnya beliau memang tidak menyedari aksinya itu dirakamkan oleh mereka yang hendak menjatuhkannya.
Lebih buruk lagi apabila Elizabeth hendak menebus maruahnya dengan meletak jawatan, Anwar Al Maksum kata pergi cuti dan tenangkan fikiran.
PR langsung tidak boleh menerima kejadian ini sebagai salah satu dari senarai skandal mereka.
Siapakah yang sebenarnya dalam state of denial sekarang?

Wednesday, February 11, 2009

Lepaskan Pelempang dan Tempeleng Di Raja

Minggu lalu braveiron ada duduk berborak dengan rakan-rakan lama dan juga rakan-rakan baru yang merupakan bekas-bekas pemimpin pelajar dan bekas pembantu menteri dari Johor.
Dalam borak-borak timbullah kisah gelagat-gelagat Sultan Johor yang mencuit perasaan.
Ada antara rakan borak itu menyampuk, Sultan Johor dan Al Marhum Sultan Perak, Sultan Idris pun sekepala dengan Sultan Johor. Malah katanya kekamcingan kedua-dua Sultan ini diikat dengan perkahwinan TMJ dengan Puteri Zarith Sofiah. Tapi dalam dunia Sultan dan Raja, pemilihan pasangan hidup agak terbatas.
Tetapi apa yang diceritakan ialah tentang kelantangan dan ketegasan kedua-dua Sultan ini pada semangat Melayunya. Tak payahlah cerita kisah-kisah itu kerana ia adalah untuk halwa telinga ketika sesi borak-borak tersebut sahaja.
Cuma yang hendak dibayangkan ialah bagaimana agaknya jika apa yang berlaku di Perak kini berlaku di Johor atau apa yang berlaku di Perak itu ketika Sultan Idris masih hidup? Apakah yang berlaku sekiranya institusi raja masih kebal? Apakah yang jadi kepada Nizar yang kini macam gila talak? Apakah akan terlepas pelempang dan tempeleng diraja di muka-muka 3N (Nizar, Ngeh dan Nga)?
Daulat Tuanku! Walaupun braveiron tak ada Sultan, institusi raja tetap dipertahan.

Sunday, February 8, 2009

Mahu Syahid Sokong DAP

Berkopiah, berserban, berjubah tidur tengah jalan, mahu jihad, mahu syahid kerana 18 kerusi DAP di Perak. 27 kerusi Melayu UMNO disanggah konon tidak cukup Islam, seolah-olah sokong kerajaan boneka Perak memang cukup Islam. Ini fikiran orang Melayu Islam yang amat taksub.
Sultan disanggah, dibidas dan disaman untuk menegakkan kembali pemerintahan yang sudah runtuh.
Mahu rebut kembali kerusi pemimpin seolah-olah mahu mempertahankan Islam di Perak tetapi ramai sudah lihat dan saksikan sistem pemerintahan yang memualkan oleh Nizar. Tidak mahu langsung melihat semangat dari sejarah pemilihan Khalifah di zaman selepas wafatnya Nabi saw.
Ini dia PAS yang konon Islam dan PKR pimpinan Anwar yang munafik tulin.

Thursday, February 5, 2009

Lucut Warganegara Nizar

Ini seorang Menteri Besar yang tak sedar diri. Sultan yang melantiknya sebagai MB, berdasarkan undang-undang tubuh negeri, sekarang Sultan suruh pergi, tak mahu angkat kaki.
Ini apa punya orang. Tak faham bahasa Melayu ke? Tak malu ke?
Kenapa, tak cukup ke lagi hak orang Melayu yang nak digadai? Gatal ke tangan tu nak diturunkan untuk memberikan lebih banyak lagi hak orang Melayu atas nama keadilan.
Mungkin sayang kat Camry agaknya. Apataknya baru dua-tiga minggu pakai dah kena serah.
Oleh kerana Nizar tak mahu turun maka beliau sebenarnya sudah melanggar prinsip rukun negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Maka eloklah kita ramai-ramai gesa Nizar supaya melucutkan kewarganegaraanya dan boleh lah beliau minta political asylum dari mana-mana negara. Mungkin Pak Sheikh boleh uruskan warga negara Uncle Sam, Obama pun pandai cakap Melayu.
TURUNLAH NIZAR sebelum habis tanah Perak digasak habis-habis.